Latest News

Thursday 19 March 2015

Sejarah UMNO Bermula di Kedah! - @MukhrizMahathir


Dalam ucapan pembukaan Konvensyen UMNO Kedah, admin tertarik dengan kata-kata Dato Seri Hj Mukhriz yang mengulas tentang sejarah permulaan melayu dan UMNO di Kedah.

Antara petikan yang menarik,

Orang Melayu di Negeri Kedah telah turut bersama-sama UMNO sejak dari mula cadangan penubuhannya. Di dalam Surat Tauliah atau Piagam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang telah dipersetujui didalam Persidangan Majlis Mesyuarat Agungnya yang pertama, Orang Melayu Kedah telah diwakili oleh Kesatuan Melayu Kedah dan Saberkas. Nama-nama Haji Mohammad Rejab Bin Haji Darus dan Senu Abdul Rahman adalah dua pemimpin Melayu Kedah telah tercatat dalam tinta sejarah sebagai sebahagian pengasas kepada Parti UMNO yang kita cintai ini.

Pada bulan Mei 1946, dua orang Ahli Parlimen Britain iaitu Capt. L.D. Gammans dari Parti Konservatif dan Lt. Col. Rees Williams dari Parti Buruh telah melawat Tanah Melayu atas jemputan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Ini adalah untuk mereka menyaksikan sendiri kebangkitan Bangsa Melayu yang menentang Malayan Union. Perhimpunan-perhimpunan raksaksa telah disusun atur bagi menunjukkan kemarahan Orang Melayu ketika itu. Di Alor Setar, Kedah, ternyata semangat Orang-orang Melayu amat berkobar-kobar dan dikatakan lebih hebat daripada yang disaksikan di negeri-negeri lain. Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai kebangkitan rakyat menentang cadangan Gagasan Malayan Union dan sikap kurang ajar British terhadap Raja-Raja Melayu. Orang Melayu amat bersatu dan tiada kuasa di dunia yang mereka takutkan ketika itu.

Persidangan Majlis Agung UMNO yang ketiga atau lebih kita kenali sebagai Perhimpunan Agung UMNO pada hari ini, telah diadakan di Sekolah Fancis Light, Pulau Pinang. Ianya dirasmikan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah ketika itu, Sultan Badlishah. Sebelum persidangan dimulakan, satu istiadat mengibarkan bendera telah diadakan. Tepat pada jam 10.15 pagi tanggal 27 Julai 1946, Sultan Badlishah telah mengibarkan bendera UMNO yang hari ini kita kenali sebagai Sang Saka Bangsa.

Saya ungkit sejarah ini bagi tujuan mengambarkan betapa Orang Melayu Kedah telah bersatu hati sejak dahulu lagi. Orang Melayu Kedah telah bersama membebaskan Tanahair dari belenggu penjajahan, berkorban jiwa dan raga, bersama-sama dengan Rajanya berjuang demi mendaulatkan Agama, Bangsa dan Tanahair mereka.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sejarah UMNO Bermula di Kedah! - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top