Latest News

Tuesday 14 April 2015

Beri Masa Mukhriz Buat Pendirian - Khairy


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak tidak memberi tekanan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang belum menyatakan pendiriannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khairy berkata Mukhriz merupakan ahli politik yang berpengalaman dan faham tanggungjawab beliau terhadap negara.

"Saya percaya Mukhriz akan membuat pendiriannya dalam masa terdekat. Berikan beliau masa...dia faham dan tak perlu bagi tekanan," kata Khairy kepada pemberita di sini hari ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah sebelum ini berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pendirian UMNO Kedah terhadap kepimpinan Najib pada 24 April di Kuala Lumpur selepas mesyuarat dengan kesemua pemimpin UMNO negeri itu.

Mesyuarat itu akan membincangkan pendirian rasmi UMNO negeri itu tentang sokongan terhadap Perdana Menteri berikutan kritikan bertalu-talu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Najib.

- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Beri Masa Mukhriz Buat Pendirian - Khairy Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top