Latest News

Tuesday 21 April 2015

MOU INSKEN dan UPUK Bakal Bantu Usahawan Muda Kedah


YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir merasmikan majlis Program “Garis Mula INSKEN500” anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

“INSKEN500” adalah merupakan sasaran untuk mengangkat 500 buah syarikat ke satu tahap selanjutnya menggunakan indikator M-CORE bagi perusahaan mikro, dan SCORE bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Program “Garis Mula INSKEN500” ini juga adalah merupakan pra-pelancaran kepada “Intensive Business Training and Coaching” (INTACT) yang akan dilaksanakan nanti.

Beliau juga menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman di antara INSKEN dan Unit Pembangunan Usahawan Negeri atau UPUK. Kerjasama ini adalah untuk menjadikan UPUK sebagai “Satellite Learning Centre INSKEN”. Selain itu, INSKEN menjadikan UPUK sebagai platform untuk menyelaras dan memacu program-program pembangunan kapisiti keusahawan di negeri ini.

Difahamkan juga INSKEN akan mengembleng kepakaran dan sumber bagi mendokong dan memantapkan keupayaan UPUK melaksanakan program-program ini di negeri Kedah. Syabas dan Tahniah kedua-duanya di atas kolaborasi ini.

Kerajaan negeri berharap program pada hari ini dapat meletakkan kesemua syarikat-syarikat ini di garisan permulaan dan kita akan “meniup wisel” sebelum memulakan larian menuju sasaran yang ditetapkan itu dalam tempoh dua tahun.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MOU INSKEN dan UPUK Bakal Bantu Usahawan Muda Kedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top