Latest News

Tuesday, 21 April 2015

Pemilihan Langkawi Untuk Sidang Kemuncak Asean Beri Impak - Exco



Pemilihan Langkawi sebagai lokasi pemukiman untuk Sidang Kemuncak ASEAN akan memberi impak yang luas untuk mempromosikan pulau peranginan ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Katanya pemilihan itu adalah bertepatan memandangkan Langkawi sentiasa berusaha untuk menarik kedatangan pelancong ke pulau berkenaan.

"Oleh itu, penduduk dan pengusaha pelancongan perlu mempamerkan imej yang baik untuk menyambut ketibaan ketua-ketua negara ASEAN", katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Isnin.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Hangat berharap penduduk Langkawi dan pemilik premis akan meningkatkan lagi kebersihan di kawasan masing-masing bagi menunjukkan imej yang baik kepada delegasi negara ASEAN ketika pemukiman itu berlangsung pada 27 April ini.

Menurutnya delegasi terlibat, pastinya tidak melepaskan peluang untuk melawat destinasi pelancongan menarik di pulau berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Rekreasi Langkawi, Datuk Mansor Ismail mengalu-alukan pemilihan Langkawi selaras dengan usaha untuk meningkatkan kehadiran pelancong terutama dari negara-negara Asean.

"Inilah peluang terbaik untuk pengusaha pelancongan memperluaskan lagi promosi Langkawi dalam kalangan negara-negara ASEAN," katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pemilihan Langkawi Untuk Sidang Kemuncak Asean Beri Impak - Exco Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top