Latest News

Thursday, 6 August 2015

Kerajaan Kedah Lantik Dua Pegawai Ketua Agensi Pelaburan Dan Pelancongan




Bagi terus menbangunkan negeri Kedah, Kerajaan Kedah semalam telah mengumumkan pelantikan dua orang yang berpengalaman dalam sektor masing-masing. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Senai Hi-Tech Park Sdn Bhd, Datuk Ahmad Shukri Tajuddin sebagai Pengarah Urusan Kedah Invesment Centre. 

Turut dilantik adalah Datuk Zulkifli Mohamad untuk mengetuai Kedah Tourism Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir , mereka berdua akan bertanggungjawab merangka pelbagai strategi pelaburan serta pembangunan industri pelancongan negeri Kedah. 


Pelantikan Datuk Ahmad Shukri bagi merancang pelbagai strategi dan promosi untuk memasarkan Kedah sebagai destinasti pilihan bagi pelaburan. Antara bidang tumpuannya adalah untuk menarik pelaburan ke Kedah Science and Technology Park di Bukit Kayu Hitam terutamanya di dalam bidang teknologi maklumat, "advance materials," serta industri agro. 

Menurut Dato Seri Mukhriz, beliau juga mahu melihat usaha menarik pelaburan kepada projek "Bandar Getah" (Rubber City) serta beberapa lagi sektor industri yang lain di negeri ini.

Datuk Zulkifli pula  akan bertanggungjawab merangka pelbagai strategi pembangunan industri pelancongan negeri dan beliau mempunyai pengalaman besar dalam sektor itu.

Kerajaan Kedah mahukan lebih banyak produk-produk pelancongan diwujudkan terutamanya di tanah besar Kedah dan tidak hanya tertumpu di pulau Langkawi.

Tanah Besar Kedah mempunyai banyak produk pelancongan termasuk bandaraya Alor Setar itu sendiri, selain penemuan arkeologi di Lembah Bujang, Kuala Sedim, Pedu dan lain-lain lagi. 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Alamak! Dato. Shukri si penipu ni MB boleh kutip balik. Alamat lingkup la kerajaan negeri dia buat joli.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Lantik Dua Pegawai Ketua Agensi Pelaburan Dan Pelancongan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top