Bebanan kerja yang ditanggung lebih 500,000 guru di seluruh negara akan dikaji semula bagi memastikan ia tidak menjejaskan tugasan hakiki mereka sebagai pendidik.
Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas menghadiri majlis meraikan beliau sebagai Menteri Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa lalu.
Beliau berkata, perkara yang akan dikaji hanya membabitkan kerja-kerja di luar tugasan hakiki seorang guru yang sebelum ini banyak menimbulkan rungutan.
"Ada rakan-rakan saya dalam kalangan guru bercakap mengenai perkara ini, jadi saya rasa perkara ini perlu dikaji supaya kita lebih jelas permasalahan sebenar yang dihadapi mereka dalam isu ini.
"Kita akan cuba semak apakah bebanan yang dimaksudkan dan peratusannya...kajian ini tidak membabitkan tugasan hakiki guru, cuma kerja-kerja lain di luar tugas hakiki mereka," katanya di sini, hari ini.
Mahdzir selain itu mengesahkan tidak ada sebarang perubahan dari segi dasar pendidikan akan dilakukan pada masa ini kerana dasar sedia ada masih relevan mengikut keadaan semasa.
"Selama ini dasar pendidikan tetap sama sejak tahun 60-an, 70-an dan hingga sekarang, cuma yang berlaku adalah penambahbaikan terhadap dasar itu mengikut kesesuaian zaman," katanya. -BH
Untuk proses penelitian, adakah pembantu guru benar-benar dapat mengurangkan beban guru seperti yang dimaksudkan? Terlalu banyak beban tugas yang ditanggung oleh guru di luar tugas hakiki mereka. Contohnya, menghantar murid sakit ke hospital/klinik, membawa murid bertanding acara sukan/ko kurikulum dengan kereta guru dan sebagainya. Untuk contoh pertama, jika jadual guru bertugas pada hari tersebut dan terdapat murid yang sakit di sekolah maka guru tersebut kena menghantar murid tersebut ke klinik atau hospital sehinggakan terpaksa meninggalkan waktu mengajar di kelas. Tugas hakikinya terabai. Bagi contoh kedua, guru terpaksa membawa sejumlah murid-murid ke mana-mana pertandingan anjuran PPD, JPN atau kementerian pendidikan menggunakan kereta sendiri. Adakah guru dan murid-murid akan mendapat bantuan atau pembelaan sekiranya mereka terbabit dengan suatu insiden contohnya kemalangan?
ReplyDeleteTukar je menteri guru baru - kaji beban guru - kami penjawat awan lain ingat tak terbeban ke ?
ReplyDeleteDah berapa kali kaji daa..tak berkurang pun..makin bertambah ada..cakap x serupa bikin
ReplyDelete