Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir mengingatkan para pewakilan Umno yang sedang bermesyuarat dibahagian-bahagian masing-masing di Kedah agar apa yang mahu disampaikan atau diluahkan biarlah secara berhemah.
Ketika ditanya wartawan selepas selesai majlis pemeteraian perjanjian antara BDB Land Sdn Bhd, Maybank dan OCBC Al-Amin di Kuala Lumpur mengenai seorang perwakilan Wanita Umno Langkawi yang mengkritik presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas, Menteri Besar Kedah itu ternyata kecewa dengan upacan perwakilan wanita Umno itu yang di lihat agak 'kesat' dan tidak sepatutnya berlaku.
"Kadang-kadang cara perasaan itu diluahkan, dengan kata-kata yang agak kesat. Yang itu saya sedikit kesal...bukan sedikit, memang rasa kesal," katanya
Setakat ini, katanya tiada apa-apa aduan dibuat oleh UMNO Langkawi terhadap anggota perwakilan itu dan berharap insiden itu tidak berulang lagi.
Mukhriz berkata beliau juga menerima beberapa laporan mengenai ucapan-ucapan penangguhan di peringkat Pemuda UMNO yang boleh dianggap keras bahasanya.
0 comments:
Post a Comment