Latest News

Tuesday 15 September 2015

Ds Mukhriz Lawat Pembinaan Semula Dewan Gandhi Sungai Petani


Dewan Gandhi Sungai Petani yang didirikan pada 09 November 1955 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah, Almarhum Sultan Badlishah kini bakal berubah wajah menjadi Dewan terbesar di Daerah Kuala Muda apabila kerja-kerja pembinaan semula siap sepenuhnya. 

Pada awal pembinaan dewan yang diberi nama "Gandhi Memorial Hall" ini, kos pembinaan hanya RM 65.000 sahaja, tetapi kini dewan baharu ini akan menelan belanja sebanyak RM 7 juta. Kos pembinaan baharu ini diusahakan oleh Encik Balan Nair dan jawatankuasa dewan ini dengan mendapat derma dari pelbagai pihak dan orang ramai. 





Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir, beliau telah diberitahu oleh Jawatankuasa Dewan bahawa 
apabila siap nanti, akan menjadi salah satu daripada dewan yang terbesar dalam Daerah Kuala Muda. Dewan ini akan dilengkapi dengan dewan serbaguna, gimnasium, restoran, auditorium, kedai-kedai, ruang pejabat, perpustakaan dan gelanggang badminton. Kesemua kemudahan ini nanti akan memberi manfaat yang besar kepada seluruh ahli Dewan Gandhi khasnya dan mesyarakat Daerah Kuala Muda amnya,ia amat membanggakan. Ujarnya 

Katanya lagi,Mahatma Gandhi adalah seorang insan yang telah menonjolkan sifat-sifat agung kemanusiaan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah di negaranya, India. Sifat-sifat inilah yang juga telah membantu pemimpin-pemimpin lain dalam perjuangan mereka. Tokoh-tokoh seperti Nelson Mandela, Dr. Martin Luther King dan Dr. A.P.J. Abdul Kalam adalah contoh golongan yang telah menteladani sifat-sifat Gandhi dalam kehidupan mereka dan seterusnya membangunkan masyarakat yang mereka pimpin. Walaupun bukan semua orang akan menjadi seperti Gandhi atau Nelson Mandela, sekurang-kurangnya kita cuba mengamalkan sifat-sifat tersebut untuk hidup secara aman dan pada masa yang sama membantu memakmur dan mensejahterakan masyarakat kita.

Dato Seri Haji Mukhriz 
menarik perhatian hadirin dengan satu petikan dari buku cenderamata sempena pembukaan rasmi Dewan Gandhi pada 9hb November 1955. Petikan ini adalah sebahagian daripada mesej yang telah disampaikan oleh Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan kita:

​“ I have learned with considerable pleasure that the memory of the late Mahatma Gandhi is to be commemorated in Sungai Petani by the erection of a Memorial Hall which will serve as a meeting place not only for the Indian Community but for members of other communities as well. This is a notable event. In these formative days when we are seeking to create a national consciousness in Malaya, any link which serves to bring us closer together is a matter of importance, and I have no doubt that this new hall will play a worthy part in the process of unity.”




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ds Mukhriz Lawat Pembinaan Semula Dewan Gandhi Sungai Petani Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top