Latest News

Saturday 24 October 2015

Kedah Harus Bangkit - DS Mukhriz


Selepas Kedah tewas 3-1 kepada Terengganu minggu lalu, saingan dalam kumpulan A kembali terbuka untuk merebut slot ke ke suku akhir TM Piala Malaysia.

Perlawanan terakhir menentang JDT II adalah penentuan sama ada Kedah terus mara atau tidak.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dalam reaksinya baru-baru ini mahu Kedah terus bangkit dan mempamerkan aksi bersemangat seperti yang ditunjukan dalam saingan Liga Premier 2015.

Beliau juga mengharapkan Pasukan Lang Merah member persembahan terbaik menentang JDT II 04 November ini di tempat lawan.

Beliau turut meluangkan masa menonton Kejohanan Tertutup Badminton Persatuan Bola Sepak Kedah yang melibatkan pemain, pengurusan, pegawai Kerajaan Negeri, Setiausaha Politik Menteri Besar dan juga Setiausaha Kehormat KFA, YB Aminuddin Omar di Dewan Seri Mentaloon.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Harus Bangkit - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top