Latest News

Friday 23 October 2015

Skuad Lang Merah Kedah Main Badminton Di Rumah Menteri Besar


baru-baru ini Skuad Lang Merah Kedah telah mengadakan Kejohanan Tertutup Badminton KFA di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Kedah yang melibatkan pemain, pengurusan dan juga jemputan seperti Setiausaha Kehormat KFA, YB Aminuddin Omar, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Dato' Azimi Daim dan beberapa pegawai dari kerajaan negeri.

Disamping riadah, semua yang terlibat dapat merapatkan ukhuwah ketika pasukan Lang Merah  berehat selama 4 hari sejak perlawanan Sabtu lepas. Latihan kembali diadakan di Stadium Mini Peremba dalam misi 3 mata menentang JDT II 4 November ini.




Presiden Bola Sepak Kedah, YAB Dato Seri Haji Mukhriz turut hadir memberi sokongan dan bergambar bersama semua pemain dna pegawai, beliau sempat memberi kata-kata semangat kepada pasukan Lang Merah dalam menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan A TM Piala Malaysia 2015 menentang JDT II.

Harapan beliau untuk melihat Kedah terus menjulang piala di masa hadapan selepas kejayaan memenangi kejuaraan Liga Premier 2015.










  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Skuad Lang Merah Kedah Main Badminton Di Rumah Menteri Besar Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top