Latest News

Saturday 21 November 2015

Video Part 5 : 6 Projek Ikonik Kedah - Pergulungan Bajet Kedah 2016


Siri 5 Pergulungan Bajet Kedah 2016 YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir yang menjawab isu ' 6 Projek Ikonik Kedah ' yang dibangkitkan wakil rakyat dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang berakhir semalam.

Beberapa projek ikonik Kedah tidak disebutkan dalam Bajet 2016, ia tidak bermakna projek-projek berkenaan tidak akan dilaksanakan.

Beliau berkata beberapa projek itu tetap berjalan dan mempunyai perkembangan positif, misalnya projek Bandaraya Getah yang mendapat peruntukan RM320 juta dalam Bajet 2016 negara, baru-baru ini.

Pembinaan infrastruktur Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) di Bukit Kayu Hitam, kata Mukhriz dijangka mendapat peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Sementara, tiga lagi projek berkaitan iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bandaraya Aero Kedah serta Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE), katanya sedang menanti kelulusan kerajaan persekutuan.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video Part 5 : 6 Projek Ikonik Kedah - Pergulungan Bajet Kedah 2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top