Latest News

Saturday 21 November 2015

Video : Kedah Jamin Beri Sokongan Padu Kepada OSRAM - DS Mukhriz



YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dalam sidang media beliau ketika menerima kunjungan hormat dari Managing Director OSRAM Dr. Roland Muller. memaklumkan bahawa Kedah jamin akan memberi sokongan padu kepada syarikat OSRAM yang akan membuat pelaburan 1 Bilion Euro di Kulim Hi Tech Park (KHTP) tidak lama lagi.

Dalam perbincangan Dr. Roland Muller bersama YAB DS Mukhriz, beliau menjelaskan bahawa OSRAM yang berasal dari Munich, Jerman berminat untuk melabur di Kulim Hitech Park kerana kawasan berkenaan mempunyai segala sumber yang diperlukan.

Infra yang bagus, senang mendapat barang mentah dan lokasinya teratur untuk mereka membuka kilang disana.

YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir juga mengambil kesempatan dengan berterima kasih kerana OSRAM memilih Kedah untuk membuka kilangnya.

Ini merupakan pelaburan syarikat antarabangsa paling besar di Malaysia pada tahun ini.


YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dalam sidang media beliau ketika menerima kunjungan hormat dari Managing...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 19 November 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Kedah Jamin Beri Sokongan Padu Kepada OSRAM - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top