Latest News

Saturday 21 November 2015

Video Part 6 : Isu Pembalakan - Pergulungan Bajet Kedah 2016



Siri 6 Pergulungan Bajet Kedah 2016 YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir yang menjawab isu Pembalakan yang dibangkitkan wakil rakyat dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah.

Mengenai isu pembalakan, beliau mengulangi pendirian bahawa pembalakan bukanlah pilihan utama dalam menghasilkan pendapatan bagi Kedah, sebaliknya kerajaan negeri sedang berusaha meneroka sumber-sumber baharu.

"Bagi negeri miskin rumit untuk jana pendapatan, kena cari sumber baharu tetapi ia makan masa dan kos. Kita perlu belanja dulu sebelum lihat sumber baru dapat menjana pendapatan," katanya.

Pembangunan lestari tetap menjadi keutamaan negeri, katanya.

Beliau memberi contoh kawasan hutan di kawasan Ulu Muda yang mempunyai daya tarikan seperti dinyatakan dalam Tabung Alam Sedunia (WWF).

"Saya suka pembangunan lestari dan tarikan pelancongan. Sekarang, saya minta bantuan mereka buat kajian sama ada destinasi pelancongan boleh dibangunkan di sana," katanya.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video Part 6 : Isu Pembalakan - Pergulungan Bajet Kedah 2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top