Latest News

Tuesday 15 December 2015

Bekas Pemain Bawah 20 Ttahun Brazil Ganti Chidi Edeh


KUALA LUMPUR: Pemain import dari Brazil, Carlos Kahe menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk menggantikan Chidi Edeh dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. 

Kahe, 33, atau nama sebenarnya Carlos Eduardo de Souza Floresta pernah mewakili beberapa kelab Brazil antaranya Palmeiras dan Ponte Preta sebelum berkelana di Jerman bersama Borussia Monchengladbach. 

Mengesahkan perkembangan berkenaan, pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low Hang Chow, berkata bekas penyerang bawah 20 tahun Brazil itu yang kini beraksi dengan sebuah kelab divisyen dua Brazil, Oeste sudah menandatangani kontrak dengan KFA dan akan melaporkan diri di Stadium Darul Aman pada 15 Januari ini.

"Penyerang tinggi lampai itu akan mengambil tempat Chidi yang memutuskan untuk berpindah ke pasukan lain. "Dia pernah bermain bersama pemain import Kedah, Sandro da Silva dalam Liga Turki dan kami yakin dengan pengalamannya yang juga pernah berkelana di Jerman, mampu menambah sengat pasukan kami," katanya. 

Jeffrey berkata, pihaknya sudah mengkaji prestasi penyerang itu selepas dicadangkan oleh Sandro yang juga pakar sepakan percuma Helang Merah. 

"Kami mengkaji kemampuannya selepas Sandro mencadangkan nama Kahe yang juga seorang pemain yang bagus, malah Liridon Krasniqi juga pernah melihat dia bermain ketika di Turki. "Kahe akan diberi peluang selama tiga bulan untuk meyakinkan kami dan jika cemerlang, kami akan sambung kontraknya sehingga akhir musim. 

Itu syarat yang kami berikan kepadanya," katanya. Kedah mengekalkan Sandro, Krasniqi dan Bang Seung Hwan kerana berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang saingan Liga Perdana dan Piala Malaysia 2015. Selain itu, Jeffrey turut mengesahkan Kedah turut menandatangani lima pemain Harimau Muda B termasuk penjaga gol, Mohd Farhan Abu Bakar bagi menghadapi cabaran musim depan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105248
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bekas Pemain Bawah 20 Ttahun Brazil Ganti Chidi Edeh Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top