Latest News

Friday 26 February 2016

Saya Tak Ada Duit Berbilion Dolar! - Ayahanda Tun M


Hari ini Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau mempunyai aset bernilai berbilion dolar setelah dicabar mengisytiharkannya.

Tuduhan itu dibuat oleh sebuah kumpulan yang menyokong Datuk Seri Najib Razak, Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP). Kumpulan ini mendakwa Mahathir mempunyai banyak aset di Argentina, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Langkawi dan Subang Jaya.

Pemimpin NGO itu membangkitkan dakwaan dalam buku Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times karya penulis antarabangsa Barry Wain.

“Saya mahu beritahu tentang (buku) Malaysia Maverick, tentang perkara yang saya sepatutnya ada, ia bukan milik saya. Saya tak punya apa-apa.

“Bila saya pencen, mereka tawarkan saya tanah, tetapi saya tolak. Saya bayar untuk tanah itu.

“Kesemua benda yang diberikan kepada saya, saya pulangkan balik kepada kerajaan, saya tidak ambil apa-apa pun,” katanya.

Beliau juga berkata semasa menjadi perdana menteri beliau dapat menjimatkan wang kerana keperluannya dibayar oleh kerajaan.

“Itu saja yang saya ada, bukan berbilion-bilion dolar. Saya tidak ada berbilion-bilion dalam akaun peribadi.” kata Mahahir kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Tun Mahathir juga bersedia untuk mengisytiharkan hartanya jika beliau dicabar untuk berbuat demikian.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Saya tiada duit dalam akaun berbilion ringgit..tetapi anak-anak saya ada la sikit dalam akaun mereka.... itu laa Dasar Ekonomi Saru saya dahulu.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Saya Tak Ada Duit Berbilion Dolar! - Ayahanda Tun M Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top