Latest News

Sunday 11 November 2018

Kedah umum bayaran khas RM500 untuk penjawat awamnya



ALOR SETAR 11 Nov. - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah dalam pembentangan Bajet 2019 hari ini mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam lantikan negeri dan kontrak dengan gred 54 dan ke bawah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membentangkan bajet itu yang pertama bagi kerajaan PH Kedah di Dewan Undangan Negeri (DUN) memberitahu, pembayaran akan dibuat pada Disember depan.

"Bayaran khas ini sebagai menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam negeri selain membantu mereka menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak," katanya.

Sebanyak 4,738 penjawat awam terdiri 4,416 lantikan tetap dan 322 lantikan kontrak akan menerima manfaat daripada bayaran khas tersebut dengan peruntukan RM2.4 juta.

- Utusan Malaysia 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah umum bayaran khas RM500 untuk penjawat awamnya Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top