Latest News

Sunday 28 April 2019

Kolaborasi KXP dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng dapat menguntungkan kedua-dua pihak



ZHENGZHOU, 28 April : Kedah ingin mencontohi kejayaan kerajaan wilayah Henan di China dalam membangun dan mengendalikan Kompleks Lapangan terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng, khususnya terminal kargo udaranya.

Menteri Besar Dato’ Seri Mukhriz berkata ini dapat membantu Kedah membangunkan airtropolis di Lapangan terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dicadangkan sebagai hub kargo udara.

“Kedah berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Henan. KXP, khasnya Kedah sebagai gerbang Asia Tenggara,” katanya dalam pertemuan dengan Gabenor Wilayah Henan, Chen Run’er di Zhengzhou petang semalam.




(Foto — Menteri Besar Kedah dengan Gabenor Wilayah Henan, Chen Run’er)

Mukhriz menjelaskan kolaborasi strategik antara KXP dan Lapangan terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng dapat menguntungkan kedua-dua pihak, dengan mengambil kira pasaran China dan Asia Tenggara.

Delegasi pelaburan Kerajaan Kedah, yang dalam rangka lawatan kerja enam hari ke Beijing sejak Rabu, ke Zhengzhou untuk meninjau peluang kerjasama Kerajaan Wilayah Henan.

Sebelum bertemu dengan Gabenor Henan, Mukhriz mengetuai delegasi Kerajaan Negeri dalam perbincangan dengan pengurusan tertinggi agensi-agensi Kerajaan Wilayah Henan, yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Henan Investment Group Co. Ltd, Dr Liu Xinyong.



(Foto — Menteri Besar Kedah dalam rundingan agensi-agensi Kerajaan Wilayah Henan)

Selain berminat untuk mengimport minyak sawit, Henan mengharapkan bantuan Kerajaan Kedah bagi pembekalan gas asli daripada Petronas.

Sempena kunjungan itu, delegasi Kerajaan Kedah dibawa melawat Terminal Penumpang Lapangan terbang Zhengzhou Xinyeng, kompleks kargo udara serta zon gudang.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kolaborasi KXP dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng dapat menguntungkan kedua-dua pihak Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top