Latest News

Saturday 6 December 2014

Akta Hasutan Penting Jaga Keamanan, Kestabilan



Keputusan kerajaan mengekalkan dan mengukuhkan Akta Hasutan 1948 dibuat untuk memelihara keamanan dan kestabilan Malaysia yang terdiri daripada rakyat pelbagai bangsa dan budaya.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, menjadi kewajipan kerajaan untuk mempertahankan pertumbuhan dan kemakmuran negara selain daripada menjaga kebajikan rakyatnya.

"Justeru, undang-undang sesuai diperlukan untuk menangani isu yang boleh menyebabkan ketegangan kaum dan agama serta mengekang tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian yang dinikmati semua rakyat Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Anifah berkata, kerajaan yakin bahawa akta berkenaan akan melindungi kepentingan setiap rakyat Malaysia dan diperlukan untuk mencegah ekstremisme kaum dan agama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Akta Hasutan dikekalkan dan diperkukuhkan lagi dengan peruntukan tambahan pada bulan lepas.

Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dilaporkan telah melahirkan kebimbangannya terhadap penggunaan akta itu oleh Kerajaan Malaysia terhadap pihak pembangkang.

 - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Akta Hasutan Penting Jaga Keamanan, Kestabilan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top