Latest News

Wednesday 8 April 2015

Peruntukan RM18 Juta Untuk E-Tutor Satu Pelaburan -DSMM


Sidang Dun Kedah semalam turut membangkitkan peruntukan RM18 juta setahun untuk portal pendidikan e- tutor.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata ia merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menjadikan Kedah pada kedudukan lima teratas dalam pendidikan.

Beliau berkata sekiranya gagal mencapai sasaran berada dalam lima kedudukan teratas, kerajaan negeri tidak akan meneruskan program itu pada tahun hadapan.

"Saya berpandangan e-Tutor ini melibatkan pelajar dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5 dan ia sebagai pelaburan. Kami cuba berfikir di luar kotak dan selepas melihat kejayaan di Perak kami yakin pendekatan ini amat berkesan," katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Peruntukan RM18 Juta Untuk E-Tutor Satu Pelaburan -DSMM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top