Latest News

Saturday 5 March 2016

Bukan Tun Mahathir Seorang Saja Keluar UMNO - @MukhrizMahathir



Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memberitahu, bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad memahami pendiriannya yang ingin kekal dalam Umno.

Mukhriz berkata, sebelum sidang media pagi tadi, beliau terlebih dahulu berbincang dengan bapanya berhubung pendiriannya serta bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu terus berada dalam parti Melayu itu.

"Saya ada bincang dengan Tun semalam. Dia faham dengan pendirian saya dan Tan Sri (Muhyiddin)," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini di ibu negara hari ini.

Ditanya mengenai pandangannya apabila Mahathir sekali lagi keluar daripada Umno, Mukhriz berkata ia bukan perkara baru.

Jelasnya, mantan presiden Umno terdahulu juga pernah meninggalkan parti Melayu tersebut antaranya Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.

"Ini bukan perkara yang pelik kerana lebih ramai mantan presiden parti yang tinggalkan Umno sebelum ini. Bukan Tun Mahathir sahaja.

"Daripada pengasas Umno itu sendiri sampailah almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein pun tinggalkan parti.

"Ini bukan perkara luar biasa," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui tindakan bapanya itu memberi kesan kepada Umno dan mempengaruhi ahli di peringkat akar umbi.

Katanya perkara itu dapat dilihat apabila ada ahli Umno menunjukkan mereka memotong kad keahlian parti dan menjadi viral di laman sosial.

"Saya akui ia punya kesan dan impak besar di peringkat akar umbi. Dapat dilihat di laman sosial ada gambar yang tunjuk ahli yang potong kad keahlian mereka," katanya lagi.

Isnin lalu, Mahathir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengumumkan keluar dari Umno. Ia dibuat sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu juga sebelum ini berharap agar Muhyiddin mengikut jejak langkahnya itu.

Bagaimanapun Muhyiddin bersama Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta Mukhriz sendiri membuat keputusan untuk kekal bersama parti Melayu terbesar itu. - Mkini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. saya difahamkan tun mahathir keluar umno kerana sangat2 tidak berpuashati dengan pm sekarang, najib razak. jika itulah sebabnya maka saya berpendapat adalah sangat tidak matang sekiranya tun mahathir mewujudkan gerakerja menjatuhkan najib secara bersekongkol dengan parti2 yang sejak dulu tidak pernah disukai oleh tun mahathir. adakah kini dap dan pkr tiba2 menjadi suci bersih bak kain putih setelah najib dianggap kotor? sdr mukhriz sendiri dilaporkan tidak ikut jejak tun mahthir keluar umno, jadi kenapa boleh bersekongkol menunjukkan solidariti menentang najib melalui platform yang janggal itu? itu bukan pentas umno, itu pentas pembangkang. jika sudah tidak mengikhtiraf umno itu parti yang baik, resign sahaja keahlian umno dan anda sudah bebas, sebebas-bebasnya untuk berada di pentas manapun bagi menentang najib. waima kalaulah ada pentas parti kominis sekalipun. saya ingin mengingatkan para pemimpin politik, jangan bersikap kebudak-budakan. tak mahu keluar parti, tetapi semua peraturan parti dilanggar. matangkah itu sdr mukhriz? kenapa begitu sayangkan umno sedangkan umno bukanpun agama?

    ReplyDelete

Item Reviewed: Bukan Tun Mahathir Seorang Saja Keluar UMNO - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top