Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memansuhkan RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 bersama-sama dengan undang-undang menindas lainnya yang telah dijanjikan untuk dipinda apabila menjadi kerajaan kelak.
Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata RUU itu masih menunggu kelulusan senat dan laporan sempadan baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwartakan minggu lalu patut dibahaskan dengan serius di Parlimen.
"Tapi dalam jangka masa dua jam dah lulus. Jadi parlimen sekarang ini sudah jadi satu sandiwara - just a play acting. Tak ada seriousness, tak bagi orang bahas pun.
"So they passed this law satu berkenaan sempadan pilihanraya, yang satu lagi berkenaan dengan fake news.
"Kita punya pendirian ialah apabila kita tubuh kerajaan, kita akan mansuhkan ataupun batalkan undang-undang ini bersama dengan yang undang-undang yang lain yang berupa oppressive kepada rakyat,” beliau memberitahu pemberita di Pejabat Ketua Pembangkang.
Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN di bangunan Parlimen hari ini.
Laporan Malaysia Kini
0 comments:
Post a Comment