Latest News

Saturday 5 May 2018

Banyak perkara pelik berlaku pada PRU14: Tun M


JASIN - Banyak perkara pelik berlaku dalam berdepan PRU14 ini kata Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) yang juga pencabar bagi kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas beliau, antara perkara yang dianggap pelik adalah gambungan empat parti pembangkang iaitu PKR, Bersatu, Amanah dan DAP hingga semuanya bersepakat untuk menggunakan satu lambang sahaja iaitu lambang PKR.


Menurutnya, antara yang pelik lagi apabila pemimpin Umno pun berusaha mahu menjatuhkan Umno dan begitu juga pemimpin Pas mahukan jatuhkan parti Pas.

"DAP yang begitu sayangkan lambang roket pun buang lambang mereka dan gunakan satu lambang sahaja iaitu PKR.

"Keadaan ini sungguh luar biasa, saya sendiri dahulunya seorang pemimpin Umno pun sekarang saya jadi seorang pemimpin yang mahu jatuhkan Umno.

"Tapi apa boleh buat, kita dapati Mat Sabu (Mohamad Sabu) dulu ahli Pas sekarang dia nak hentam Pas.

"Kita dapati dulu Nik Omar dia anak Nik Aziz (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) pun berpendapat Pakatan Harapan adalah parti yang perlu di sokong oleh semua rakyat berbilang kaum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kempen yang dianggap sebagai amanat akhir sebelum berdepan PRU14 di Merlimau, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Harapan negeri, Adly Zahari dan calon-calon yang mewakili Harapan di kawasan Parlimen Jasin.

Laporan Sinar Harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Banyak perkara pelik berlaku pada PRU14: Tun M Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top