Latest News

Tuesday 9 June 2015

KPDNKK terima 530 aduan berkaitan GST di Kedah


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerima sejumlah 530 aduan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Kedah sejak ia dilaksana pada 1 April lepas.

Pengarah Pejabat KPDNKK Kedah Mohamad Fitri Hassan berkata pihaknya berkata pihaknya banyak menerima aduan berkaitan GST melalui e-aduan dengan 339 aduan diikuti 122 aduan menerusi panggilan dan 69 aduan yang dilaporkan pengguna sendiri di pejabat KPDNKK.

Selain menerima aduan pihaknya turut mengeluarkan 62 notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP) kepada peniaga.

Beliau juga berkata sejumlah 70 kes disiasat mengikut AKHAP 2011 hasil Ops Catut ke atas 27,976 premis perniagaan di seluruh Kedah yang mana Sungai Petani mencatatkan kes paling banyak dengan 21 kes diikuti Alor Setar (15), Kubang Pasu (14), Kulim (10), Baling (tujuh) dan Langkawi dengan tiga kes.

"Sebanyak 106 kes telah dicatatkan secara keseluruhan yang mana melibatkan 70 kes di bawah AKHAP, 32 kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 (ATS), tiga kes di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP) dan satu kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD).

"Hasil pemeriksaan mendapati nilai kompaun bagi keseluruhan kes ini berjumlah RM14,500 dan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM9,380.48," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. -Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: KPDNKK terima 530 aduan berkaitan GST di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top