Katanya, pemilik premis dan operator aktiviti pengorekkan pasir perlu menghadiri kursus Ahad ini bagi membincangkan beberapa isu berkaitan aktiviti pengorekan pasir di negeri ini.
"Kursus itu akan memperhalusi garis panduan dan pandangan pihak kerajaan tentang operasi pengorekkan pasir di Kedah," katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan rombongan kakitangan Jabatan Bekalan Air negeri Terengganu ke Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) di sini Selasa.
Menurutnya, pada masa ini caj deposit yang dikenakan terhadap operator masih berpandukan kepada kadar lama dan ia dikatakan tidak lagi relevan dengan keadaaan semasa.
"Contohnya, apabila operasi korek pasir dijalankan, jalan-jalan rosak dan pada waktu ini kita hanya caj RM40,000 tetapi jalan itu bernilai jutaan ringgit. Jadi ia tidak begitu adil, kita akan tengok balik," katanya.
Januari lepas, kerajaan negeri membuat keputusan tidak akan mengeluarkan lesen aktiviti mengorek pasir tahun ini kerana ia memberi kesan terhadap tebing sungai yang semakin terhakis serta merosakkan ekosistem alam semula jadi.
Jelas Badrol Hisham, Sungai Muda merupakan kawasan tumpuan pengusaha pasir dan pihaknya akan turut mempertimbangkan caj kepada pengusaha pasir yang membawa pasir dari Kedah ke negeri lain.
"Tak adillah sebab pembangunan dibawa ke negeri lain, pasir daripada Kedah antara pasir rebutan berikutan kualitinya. Ketika ini pembangunan pesat, dan permintaan pasir tinggi," katanya.
Mengenai lawatan hari ini, beliau berkata, delegasi 15 orang dari Jabatan Bekalan Air Terengganu itu diketuai Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Terengganu Mohd Iskandar Jaafar.
Lawatan itu bertujuan berkongsi maklumat mengenai peranan LSANK dalam mengawal selia air serta pengurusan sumber air, katanya.
"Hasil maklumat yang diperoleh akan digunakan bagi membentuk Enakmen Air Terengganu yang boleh dikuatkuasakan terhadap penggunaan sumber air di negeri itu," katanya.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment